Wednesday, August 12, 2009

Selamat Pagi Dunia.,Ramadhan Menjelang Tiba..


Assalamualaikum wbt,

“Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.”

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dan berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas .”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah Ramadhan yang bakal mendatang ini pasti membawa seribu satu memori yang akan terpahat di dalam sanubari… Seperti Ramadhan lalu sememangnya ia amat banyak tragedi-tragedi yang diluar kawalan.. Juga diluar kemampuanku.. Konflik yang datang seperti hujan batu.. Sudah cukup menyakitkan.. Tapi aku perlu tabah.. Tabah menempuh dengan redha… Aku harap Ramadhan ini dapat merubah segala.. InsyaALLAH dengan usaha atas iman dan amal walaupun cuma sebesar zarah.. Moga-moga ALLAH meneguhkan hati ini agar lebih tabah dan cekal mengharungi hari-hari yang tidak pasti kesudahannya.. Aku sudah jauh tertinggal di belakang teman-teman yang dulu .. Aku telah menghumban diriku ke dunia yang tidak pasti.. Astagfirullah…

Last year, aku berpuasa di Skudai, Johor. Aku menyambutnya as staff Main Power Distribution.( Industrial Training ) Sonok juga, ada mcm2 pengalaman. Pengalaman berbuka puasa di hotel sepanjang kursus 3 hari.. Asyik mkn je time tu.. Agak rindu moment2 spt tu. Ermp.Paling bes skali ,time masak ngan member time sahor.kung kang kung kang je bunyi kuali awal2 pagi.Penah skali member panaskan minyak dalam kuali , pastu dengan selamber dier sambong balik tdo.Memang sengal habis, agaknya dier kat umah camne la.Sekali terbakar kat dapor tu, seb baik aku ngan taiko da bangun.Kalu tak ,entahla pa nak jadi.

Kdg2 terdetik juga, adakah umur aku masih panjang utk merasai semua ni? Apapun, aku harus menghargai setiap masa yg ada sekarang.Masa bagiku amatlah penting.Sebab aku telah membazirkan masa ku dengan sia2 sewaktu ketika dahulu. Kita xtau sama ada kita berpeluang utk merasai semuanya lagi, kan?? Insaf rasanya.. Yep, kita perlu selalu muhasabah diri, utk improve diri sendiri supaya berubah ke arah kebaikan. Kita perlu fikir, apa kebaikan yg kita dah lakukan dlm hidup ni? Dan apa kejahatan atau keburukan yg kita pernah lakukan?? Ya Allah, byk lagi yg pincang dlm hidup ni...

Dunia ni kan pinjaman.. : )

Syok betul aku tiap2 kali tibanya Ramadhan. Sbb aku akan rasa aman sgt sepanjang Ramadhan. : ) Terasa masa cepat betul berlalu. Harap2 umur aku panjang utk sekali lagi menyambutnya di tahun hadapan. And really hope next year aku sambut Ramadhan dgn status baru. Hehehe..

Wallahualam. Apa yg aku boleh simpulkan disini, kita kena slalu beringat ttg kematian. Kerana itu adalah benda yg pasti terjadi cuma masanya xpasti bila.. Dan kita kena hargai setiap insan di sekeliling kita terutamanya ibu dan bapa.. : )

P/S: Perbanyakkan la amalan di bulan yg penuh barakah ni. : )

.: I'm not an inventor but i'm really an innovatoR :.

1 comments:

Mr_sephool said...

Ya Allah , kasihanilah ibu bapa ku sepertimana mereka mengasihaniku semasa kecil..Ameen..

Post a Comment